This post has already been read 1311 times!

KUALA LUMPUR: 18 Julai 2024

Syed Yazid Syed Omar

Bukan setakat gaji tertunggak berbulan-bulan lamanya, malah KL City FC juga tidak melunaskan tanggungjawab bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Februari 2023 membabitkan jumlah keseluruhan hampir RM719,000.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd Syarikat pengurusan KLCity, Syed Yazid Syed Omar yang hanya mengetahui mengenai perkara itu apabila membuat semakan kaunter KWSP, hari ini.

Jelasnya, perkara mengenai tunggakan KWSP sama sekali tidak dimaklumkan kepada ahli lembaga pengarah sama seperti isu tunggakan gaji yang melanda skuad itu sehingga mencecah tujuh bulan sebelum ini.

“Saya ingatkan hanya isu gaji sahaja tetapi rupanya isu membabitkan KWSP juga tidak dimaklumkan KL City FC kepada saya.

Saya terkejut apabila mendapat tahu bahawa pasukan ini ada tunggakan sehingga hampir RM720,000, bayangkan sejak Februari 2023.

“Saya tahu mengenai perkara ini pun sebab saya tergerak hati nak bertanya dekat kaunter KWSP.

Kalau tidak, sampai bila-bila pun kita tidak tahu yang KL City FC bukan sahaja ada gaji tertunggak tetapi KWSP pun tidak dibayar.

“Jadi saya akan cuba bertanyakan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk meminta penjelasan mengapa pasukan ini diberikan lesen kebangsaan,” katanya.

Syed Yazid memaklumkan, mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) juga tidak dinyatakan secara terperinci mengenai tunggakan gaji seolah-olah skuad The City Boy tidak berhutang dengan pemain.

Baca Juga   Ini jadinya kepada padang SBJ selepas Konsert Coldplay, TMJ ‘up’ foto padang
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay