KUALA LUMPUR: Presiden sebuah pertubuhan amal ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah hotel di bandar ini.

Presiden sebuah pertubuhan amal ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah hotel di bandaraya

Menurut laporan Skuad Khas Harian Metro, lelaki berusia 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu giat mengutip derma untuk rakyat Palestin menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam hingga lapan tahun lalu.

“Dia ditahan oleh sepasukan pegawai Jawi ketika dia berdua dengan seorang wanita tempatan berusia tiga puluhan. “Wanita itu yang juga anggota aktif NGO itu dilihat mendaftar masuk ke hotel terlebih dahulu, sebelum lelaki itu tiba kira-kira jam 2 petang.

“Pasukan penguat kuasa Jawi masuk untuk memeriksa bilik itu pada jam 4.45 petang,” kata sumber itu kepada Harian Metro.

Menurutnya, dalam pemeriksaan, lelaki itu cuba melarikan diri dan memberitahu dia bertemu wanita itu untuk memberikan sesuatu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata percubaan lelaki itu gagal dan dia ditahan oleh pegawai Jawi. “Lelaki itu lantang bersuara di media sosial mengenai konflik Palestin,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada