Suami tolak isteri ke dalam gaung
1 min read

Suami tolak isteri ke dalam gaung

This post has already been read 7981 times!

Seorang wanita ditolak suaminya sehingga jatuh ke dalam gaung di kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat, Gerik, Jeli kira-kira jam 4 pagi pada Sabtu 27 Julai 2027 lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun berkenaan berjaya merangkak naik ke bahu jalanvdan dijumpai oleh orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmud, mangsa telah dibawa dari tempat kerja di Kuala Lumpur oleh suaminya jam 5.30 petang 26 Julai lalu.

Suspek berusia 39 tahun yang mempunyai rekod lampau kesalahan di bawah akta dadah berbahaya,akta kesalahan kecil dan kanun kesiksaan.

Kemudian melalui lebuh raya utama untuk ke Perak dengan alasan mahu pulang ke kampung.

Sepanjang perjalanan pasangan itu bertengkar mulut dan setibanya di satu lokasi , Suspek memberhentikan kereta dan mengugut mahu membunuh si isteri dengan sebilah pisau selain mencekik leher mangsa.

Dia yang ketakutan kemudian terjun daripada kereta.namun dipaksa masuk semula oleh suspek dan terus memecut keretanya hingga tiba di kilometer 31.2 sebelum menolak isterinya hingga jatuh ke dalam gaung.

Mangsa mengalami kesan calar, luka dan lebam pada badan.

Kini dirawat di Hospital Taiping dan suspek yang ditahan semalam disiasat mengikut Seksyen 307Kanun Kesiksaan atas cubaan membunuh.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [VIDEO] Polis bawa Ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman lakonan semula