Turkiye sekat Instagram selepas mesej takziah haniyeh
1 min read

Turkiye sekat Instagram selepas mesej takziah haniyeh

This post has already been read 3133 times!

Instagram dilaporkan secara aktif menurunkan ucapan takziah atas pemergian Ismail Haniyeh

ISTANBUL: Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye (TKM) pada Jumaat 2 Ogos 2024 menyekat akses ke Instagram, lapor Agensi Anadolu (AA).

Tiada alasan diberikan untuk tindakan itu, namun ia berlaku selepas Pengarah Komunikasi negara itu, Fahrettin Altun mengkritik platform media sosial berkenaan dengan mengatakan ia “secara aktif menghalang orang ramai daripada memuat naik mesej takziah atas pemergian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh tanpa menyatakan sebarang dasar pelanggaran.

“Kami akan mempertahankan kebebasan bersuara terhadap platform ini yang telah berkali-kali menunjukkan bahawa polisi Instagram jelas mengeksploitasi dan ketidakadilan global,” tambahnya.

Haniyeh dibunuh pada Rabu di ibu negara Iran, Tehran.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Keretapi berkuasa hidrogen akan mula beroperasi di China