Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti yang dijadualkan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) kepada lebih 8 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).
Mulai 2024, Kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.
Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024 dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my.
Kementerian Kewangan (MOF) ingin menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.
Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai STR, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
Kategori Penerima | Jumlah Penerima | Kadar Bayaran STR Fasa 3 | Jumlah Peruntukan (RM) |
Isi Rumah (≤ RM2,500) | 3.0 juta | RM150 – RM650 | 1.1 bilion |
Isi Rumah (RM2,501-RM5,000) | 1.0 juta | RM150 – RM300 | 0.2 bilion |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.2 juta | RM150 | 0.2 bilion |
Bujang | 3.3 juta | RM50 | 0.2 bilion |
JUMLAH | 8.5 juta | RM1.7 bilion |
Kaedah Pembayaran | Tarikh Pembayaran | Jenis Penerima |
Mempunyai akaun bank– Dikreditkan terus ke dalam akaun bank | 29 Ogos 2024 – 6 September 2024 18-20 September 2024 | Penerima sedia ada Penerima baharu dan rayuan |
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) – Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional. | Mulai 29 Ogos 2024 Mulai 18 September 2024 | Penerima sedia ada Penerima baharu dan rayuan |
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.