Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov ditahan di Perancis
1 min read

Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov ditahan di Perancis

This post has already been read 1959 times!

Laporan menyebut Durov sedang dalam perjalanan menaiki jet peribadinya, dia telah menjadi sasaran waran tangkap di Perancis sebagai sebahagian daripada siasatan awal polis.

Siasatan tertumpu kepada kekurangan moderator di Telegram. Aplikasi berkenaan dijadikan saluran komunikasi oleh sindiket pengedaran dadah dunia, kata laporan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov. (Gambar Fail: Reuters)

Penyiasatan tertumpu kepada kekurangan moderator di Telegram, dan polis menganggap situasi ini membenarkan aktiviti jenayah pengedaran dadah berterusan tanpa kawalan.

Telegram tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen. Kementerian Dalam Negeri Perancis dan polis belum memberi sebarang komen.

Telegram, yang berpangkalan di Dubai, diasaskan oleh Durov kelahiran Rusia, yang meninggalkan Rusia pada 2014 selepas dia enggan mematuhi tuntutan untuk menutup komuniti pembangkang di platform media sosial VKnya, yang dijualnya.

Durov, yang dianggarkan oleh Forbes mempunyai kekayaan sebanyak AS $15.5 bilion, berkata beberapa kerajaan telah berusaha untuk menekannya tetapi aplikasi itu, yang kini mempunyai 900 juta pengguna aktif, harus kekal sebagai “platform neutral” dan bukan “pemain dalam geopolitik” .

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   apa rahsia "Operation Paper Clip" Amerika Syarikat