Tahniah Skuad Bolasepak Sukma Wilayah Persekutuan 2024

schedule
2024-08-26 | 00:03h
update
2024-08-26 | 00:03h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Tahniah Skuad Bolasepak Sukma Wilayah Persekutuan 2024

This post has already been read 1428 times!

Wilayah Persekutuan memenangi emas acara bola sepak setelah menewaskan Melaka 2-1 dalam aksi di Stadium Mukah.

Gol pertama Ananak Buah Nizham Adha Yusof itu dijelmakan melalui Mohd Harith Imran pada minit ke-18 hasil pergelutan di depan gawang Melaka.

Memasuki babak kedua, Melaka menukar rentak permainan sebelum Farish Ainul Aswandi menerusi rembatan jauh untuk gol penyaman Melaka pada minit ke-52.

Wilayah Persekutuan bagaimanapun tidak menunggu lama apabila pada minit ke-67, Nukman Hakim tidak dikawal untuk menanduk masuk hantaran Harith untuk gol yang dicari-cari.

Melaka cuba bangkit namun situasi bermain 10 orang setelah Haziq Zafri dilayangkan kad merah pada minit ke-71 menyukarkan keadaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Kecerderaan menimpa Afiq dan Dominic Tan akibat padang Stadium Bukit JalilAMP

11/09/202411/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Tanpa Ultras Malaya pun Malaysia boleh juara Pestabola MerdekaAMP

09/09/202409/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Gagal bayar sewa pegawai dan pemain sebuah kelab liga Super pantai timur dihalau keluar rumahAMP

08/09/202408/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.09.2024 - 08:44:04
Privacy-Data & cookie usage: