Dera kanak-kanak dua pengasuh taska ditahan
1 min read

Dera kanak-kanak dua pengasuh taska ditahan

This post has already been read 2969 times!

Besut: 6 September 2024- Dua pengasuh ditahan untuk membantu siasatan berhubung penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah taska di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, susulan penularan video berdurasi 0.25 saat di media sosial, satu laporan polis diterima daripada ibu kepada kanak-kanak di dalam video itu kira-kira 7 malam tadi.

“Mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun.

“Dua pengasuh berusia 26 dan 50 tahun yang ditahan hari ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Besut esok untuk permohonan perintah reman,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Abdul Rozak berkata, hasil siasatan mendapati taska itu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber-Harian Metro

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Gadis 13 tahun ditemui selamat di Stesen KTM Arau Perlis

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *