Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tidak meneruskan pelaksanaan kaedah lencongan DNS.

Langkah ini pada asalnya diperkenalkan untuk memerangi jenayah dalam talian seperti perjudian, persundalan, dan pornografi dengan mengalihkan trafik DNS pengguna yang menggunakan DNS awam (seperti Google dan Cloudflare) ke pelayan yang dikawal oleh SKMM.

Lencongan DNS tidak berkesan kerana pengguna boleh menggunakan aplikasi VPN melayari internet tanpa kawalan SKMM.

Terdapat kebimbangan dari segi privasi dan keselamatan, yang menyebabkan pelaksanaan ini dikritik oleh ramai pihak.

Fahmi menyatakan bahawa kerajaan akan terus mengutamakan keselamatan dalam talian dan memerangi jenayah siber, tetapi mengambil kira pandangan ramai untuk tidak meneruskan kaedah ini.

SKMM kini diarahkan untuk melanjutkan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan cadangan yang lebih baik untuk memastikan internet yang selamat di Malaysia tanpa menjejaskan privasi pengguna.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn