KUALA LUMPUR: Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang kononnya diculik oleh dua lelaki di hadapan sebuah kondominium di Jalan Zamrud Utama, Kajang, tetapi pihak polis mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, menjelaskan bahawa video yang viral di aplikasi TikTok oleh pengguna ‘belladahliadelisha’ adalah salah tafsir. “Setakat ini, tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian ini,” ujarnya.
Berdasarkan keterangan saksi, salah seorang lelaki dalam video tersebut berpesan agar orang ramai tidak mencampuri urusan mereka yang sedang bertengkar sebelum mereka pergi dari tempat kejadian.
Polis kini sedang menyiasat dan berusaha mengesan pasangan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. Naazron menegaskan bahawa dakwaan penculikan yang beredar di media sosial adalah tidak berasas.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta untuk menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Suresh di talian 017-4333795.
Dalam video berdurasi 1.34 saat itu, wanita tersebut dilihat terlibat dalam pertengkaran sebelum ditarik secara kasar masuk ke dalam kereta oleh seorang lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya.
Orang ramai meminta supaya PDRM menjalankan siasatan keatas kes berkenaan
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.