Bilangan kenderaan tersadai Malaysia lebih 2 juta
1 min read

Bilangan kenderaan tersadai Malaysia lebih 2 juta

This post has already been read 1517 times!

Sehingga Disember 2023, sejumlah 36.81 juta kenderaan telah didaftarkan dengan Kementerian Pengangkutan, iaitu 2 juta lebih berbanding populasi Malaysia sebanyak 34.1 juta orang.

Keadaan itu juga menunjukkan isu longgokan kereta tersadai yang tidak dilupuskan dan jumlah itu akan terus meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan IOT Malaysia, MARI, Azrul Reza Aziz berkata, (1:05) pihaknya sedang mengkaji pendekatan sesuai untuk melupuskan kenderaan selain menyerahkan kepada Pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen, AATF.

Beliau berkata, setiap peralatan dalam kenderaan boleh digunakan antara beberapa bulan hinggalah puluhan tahun mengikut jenisnya, manakala sesetengah jenis peranti boleh diperbaharui dan dikitar semula.

Katanya kepada Nan Yang Siang Pau, pada masa ini terdapat sembilan pusat AATF dan pemilik kenderaan akan mendapat pulangan tunai dan bukan tunai dengan menyerahkan kereta kepada pusat-pusat tersebut.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   3 kereta mini EV dunia