[Video] Pemilik motosikal ‘diganggu’ diminta tampil buat laporan polis
1 min read

[Video] Pemilik motosikal ‘diganggu’ diminta tampil buat laporan polis

This post has already been read 1030 times!

Sungai Buloh: Harian Metro melaporkan Pemilik motosikal yang mendakwa ‘diganggu’ oleh dua anggota polis di sebuah stesen minyak di Subang Perdana, di sini, yang tular di media sosial, semalam 1 September 2024, diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi tiga minit 18 saat yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial kira-kira jam 1 petang, semalam.

“Dalam rakaman itu, petugas rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Kampung Baru Subang mendekati sebuah motosikal yang ditempatkan di stesen minyak berkenaan.

“Untuk makluman, pemeriksaan kenderaan adalah tugas harian yang dijalankan setiap petugas rondaan cegah jenayah di lapangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penularan rakaman itu dilihat menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Sungai Buloh.

“Justeru, pemilik motosikal itu diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan rakaman video yang boleh menjatuhkan imej PDRM tanpa kesahihan.

“Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Lain kali semak terlebih dahulu sebelum kena scam berjuta ringgit