Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
2 mins read

Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol

This post has already been read 2148 times!

Seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang seorang penambak jalan menggunakan senjata tajam dan pistol sehingga mendatangkan kecederaan keatas Alias Awang, 44.

Alias merupakan mangsa serangan berkumpulan di sebuah kandang kuda di Kuantan, Jun 2024.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah pihak polis segera menyiasat dakwaan penglibatan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki penambak jalan di sebuah kandang kuda di Kuantan pada Jun 2024.

Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan itu memberitahu Malaysiakini, dia dihubungi oleh seorang individu dipercayai orang suruhan anak kerabat berkenaan untuk bertemu dengannya.

“Saya diserang oleh kira-kira 20 orang termasuk anak Tengku berkenaan. Dalam kejadian itu seorang rakannya telah menyerang saya dengan menikam peha kanan saya dengan pisau.

“Anak Tengku berkenaan pula melepaskan tembakan ke arah kaki saya, namun tidak mengenai sasaran,” dakwanya yang membuat laporan polis pada 8 Jun, dua hari selepas kejadian.

Alias, Bapa kepada lapan orang anak itu berkata, dia difahamkan serangan terhadapnya dibuat susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.

Alias membuat laporan polis di Kuantan, Pahang, selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Alias mengalami kecederaan di bahagian paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Alias berkata, setakat ini dia telah dua kali dipanggil memberikan keterangan, termasuk terbaru beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi Malaysiakini berkata polis menahan tiga orang lelaki yang disyaki sebagai suspek utama dalam kes berkenaan telah ditangkap dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Baca Juga   Suspek berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini di reman 7 hari

Ditanya mengenai dakwaan mangsa berkenaan penggunaan sepucuk pistol dalam kejadian itu, dia berkata polis masih memeriksa dakwaan tersebut.

“Kita lihat sekiranya ada keperluan untuk siasat, kita akan siasat lebih lanjut (mengenai dakwaan tembakan),” katanya.

“Setiap sudut kita siasat,” tambahnya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *