This post has already been read 264 times!

Smart #1 ialah SUV subkompak elektrik bateri yang dibangunkan secara usaha sama antara Mercedes-Benz Group dan Geely Holding.



Smart #1 khabarnya akan disertakan dengan pengecas AC dalaman dengan kadar sehingga 22 kW.

Dengan kapasiti ini pengecasan bateri akan mengambil masa tiga jam sahaja.

Hanya ada beberapa Kereta EV yang dilengkapi dengan pengecas 22kW ialah Audi Q8 e-tron 55 quattro, e-tron GT dan Porsche Taycan.

Kebanyakan EV lain hanya menggunakan pengecas 11 kW AC, termasuk Kia Niro EV; BMW i7, i4, iX1; Mercedes-Benz EQA, EQB, EQC, EQE, EQS; Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan MINI Electric.

EV lain yang lebih murah seperti BYD Atto 3 dan Ora Good Cat datang dengan pengecas AC yang hanya boleh menampung 7 kW ke bawah.


smart #1 akan tampil dengan modal piawai dan Brabus. Punca kuasa di pacu dengan bateri lithium nickel manganese cobalt oxide (NMC) 66 kWh yang memberikan jarak sehingga 440 km (Standard) atau 400 km (Brabus).

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Teknologi baru Bateri niobium untuk EV hanya 6 minit cas penuh
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay