Smart #1 bakal membawa Proton ke era EV sedikit masa lagi

This post has already been read 136 times!

Dalam beberapa bulan mendatang, Proton di jangka akan memperkenalkan kereta EV keluaran Smart. Kereta pertama Smart adalah hasil keluaran selepas Mercedes Benz menjual 50% pegangan dalam Smart kepada Geely pada tahun 2019, memberi laluan penghasilan EV Proton yang dinantikan.

Smart telah membuat pendedahan kepada umum penampilan Smart #1 merupakan kenderaan SUV elektrik kompak dengan saiz seperti Ora Good Cat dan Mini Countryman.

Smart#1 keluaran Smart Usahasama Mercedes Benz -Geely

Ia juga lebih kecil berbanding BYD Atto 3, Mercedes-Benz EQA, Volvo XC40 EV dan BMW iX1.

Smart#1 dibina berasaskan rekaan “Sustainable Experience Architecture” (SEA) oleh Geely, sama seperti yang terdapat pada Volvo EX30. Tetapi rekaan luarnya sangat mirip dengan Mercedes. Ini termasuk rupa lampu hadapan LED matriks dan lampu LED belakang, berbentuk X dengan kerlipan menarik apabila kunci kereta dibuka.

Ia juga boleh menunjukkan lampu bergaya Tesla yang boleh diaktifkan menerusi sistem infotaimen.

Selain itu, ia memiliki bonet cangkerang, pemegang pintu boleh disembunyi, tingkap tanpa bingkai dan rekaan bumbung terapung.

Terdapat juga logo Smart di belakang dan hadapan yang dihiasi lampu.

Model Premium ini dilengkapi rim aloi 19-inci dengan rekaan aerodinamik dan rata.

Rekaan Dalaman Rekaan dalaman kenderaan Smart #1 masih dirahsiakan.

Smart #1 dikuasakan oleh enjin motor tunggal di belakang yang menghasilkan kuasa 200kW (268hp) dan tork 343Nm. Ini membolehkannya memecut dari 0-11km/j dalam masa 6.7 saat dengan kelajuan tertinggi 180km/j.

Bateri 66kWh padanya memberi jarak pemanduan sehingga 440km (WLTP). Untuk mengecas, Smart #1 menyokong pengecas pantas DC sehingga 150kW, mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam masa kurang dari 30 minit.

Baca Juga   Perodua Axia E harga Rahmah RM22K tanpa ABS dan VSC

Smart#1 menyokong pengecas AC 22kW, mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam masa kurang dari 3 jam.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.