Kajian terbaru mendedahkan Tahap insulin yang tinggi boleh menyebabkan keradangan kronik .

Selalunya rasa sakit di sendi jari dan lutut dan kadangkala diikuti bengkak dikenalpasti berpunca dari keradangan.

Soalnya kenapa keradangan berlaku?

Insulin meningkat mendadak dan tinggi dalam darah menyebabkan berlaku tindakbalas keradangan pada salur darah terutama di bahagian hujung seperti di sendi-sendi.

Insulin adalah hormon yang mengawal paras gula darah dalam badan. Apabila tahap insulin tinggi, ia boleh menyebabkan keradangan dalam badan .

Keradangan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan metabolik seperti penyakit gout, jantung, diabetes dan kanser,alahan, asma, resdung, darah tinggi dan banyak lagi.

Teori bahawa gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik adalah tidak tepat. Persoalan kenapa asid urik berkumpul di sesuatu lokasi? Asid urik ialah anti oksidan bukan bahan perkumuhan seperti yang diberitahu.

Asid urik dihantar ke lokasi bengkak untuk merawat masalah inflamasi yang disebabkan oleh kesan hiperinsulin.

Hiperinsulin berlaku kerana amalan pemakanan tidak sihat seperti banyak makan karbohidrat, gula dan makanan proses.

Adalah penting untuk mengekalkan tahap insulin yang sihat untuk mengelakkan keradangan.

Tahap insulin berpuasa antara 5 dan 7 dianggap sesuai untuk orang yang sihat.

Ia juga penting untuk melalukan rawatan atau puasa air selama 18 jam untuk menstabilkan insulin

Pemakanan bebas gula amat penting untuk merawat dan memulihkan inflamasi.

Makan sekali sehari terbukti dapat menstabilkan insulin.

Ubat ubatan tahan sakit dan anti inflamasi hanya untuk meredakan seketika sahaja.

Senaman ringan dibawah sinaran matahari diet membantu pemulihan segera masalah hiperinsulin.

Merawat hiperinsulin merupakan kaedah berjaya memulihkan penyakit kronik metabolik seperti gout, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, kanser yang melanda masyarakat Malaysia.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada