Cara semulajadi Sel Stem ganti sel rosak dengan kaedah autophagy

This post has already been read 116 times!

Sel stem dan autophagy adalah dua entiti penting dalam rawatan era moden.

Sel Stem merupakan komponen seumpama alat ganti semulajadi kepada sel badan yang rosak.

Contoh kerosakan sel yang biasa seperti kecederaan akibat kemalangan atau pembedahan. Sel sel baru akan tumbuh dan menggantikan sel yang sudah mati.

Namun dalam situasi seperti sindrom metabolik, badan tidak berkeupayaan menggantikan sel yang rosak.

Potong Kaki

Ini menyebabkan sel rosak mengalami kematian sehingga perlu kepada pemotongan kaki sebagaimana dialami oleh sebahagian pesakit kencing manis.

Sel yang mengalami rintangan insulin akan berakhir dengan kemusnahan atau mati. Bagi orang sihat Sel yang mati akan diganti baru secara otomatik.

Penemuan oleh Profesor Yoshinori Ohsumi proses yang dinamakan Autophagy, iaitu proses semulajadi membaiki dan memulihkan sel rosak.

Aplikasi autophagy dalam merawat penyakit metabolik amat berkesan dan menyelamat kos yang tinggi.

Orang ramai perlu disedarkan kaedah rawatan semulajadi dan tidak bergantung kepada ubat-ubatan yang memberi kesan buruk untuk jangkamasa lama.

Puasa Autophagy

Kaedah autophagy memerlukan kita berpuasa sekurang-kurangnya 16 jam. Hanya boleh minum air tanpa gula dalam tempoh berkenaan.

Ada yang mengamalkan Puasa sehingga 48 jam mendapati kesan rasa segar dan bertenaga.

Puasa autophagy bermula apabila selesai makan pukul -6 atau 7 petang.

Tiada sarapan pagi dan terus berpuasa sehingga pukul 1-2 petang. Kemudian makan dengan sedikit nasi dan banyak sayuran serta lauk pauk.

Ulang proses yang sama apabila selesai makan 6-7 petang untuk tempoh 1 minggu.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Rawat Dan Awet Muda dengan Autophagy menjimatkan wang