Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan kewangan BMT akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah seluruh negara.
Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:
November 2023 – RM200
Disember 2023 – RM200
Januari 2024 – RM200
Februari 2024 – RM200
Kaedah Pembayaran
Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 ini, berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.
Semakan Bantuan BMT RISDA 2023
https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my. Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT?
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.