Mengejutkan Gergaji rantai , yang sering digunakan untuk menebang pokok dan memotong kayu, sebenarnya dicipta bukan untuk tujuan tersebut , tetapi sebagai alat bantu bersalin ketika wanita ingin melahirkan anak.
Pada tahun 1785, dua orang doktor, John Aitken dan James Jeffray, mencipta gergaji rantai ini. Walaupun gergaji yang mereka ciptakan tidak sebesar yang kita kenali hari ini, ia berfungsi sebagai alat bantu dalam proses “symphysiotomy” (prosedur melebarkan rawan kemaluan) dan membuang tulang untuk memudahkan kelahiran.
Gergaji ini memudahkan ibu-ibu yang menghadapi kesulitan melahirkan bayi bersaiz besar secara normal.
Dengan menggunakan gergaji ini, sebahagian daripada tulang dan rawan di bahagian pelvis akan dipotong untuk memberi laluan kepada bayi, mempercepatkan proses melahirkan.
Penciptaan gergaji rantai ini dianggap sebagai salah satu penemuan terbesar dalam dunia perubatan.
Pada zaman itu, ia digunakan secara meluas dalam prosedur pembedahan lain sepanjang kurun ke-19.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.