Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bayaran STR untuk Fasa 2 akan diagihkan dalam bulan 3 April 2024 menjelang hari raya Aidil Fitri.
Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, seramai tiga juta penerima kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 akan menerima RM150 hingga RM650 manakala 0.9 juta penerima isi rumah atas RM2,501 hingga RM5,000 menerima RM100 hingga RM300.
Selain itu, 1.2 juta warga emas tiada pasangan akan menerima RM150 manakala RM100 akan memanfaatkan 3.3 juta penerima bujang.
Penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank pada 3 hingga 9 April.
Bagi mereka yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 3 April.
Mulai tahun ini, kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.
Justeru, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Kaedah pengagihan sebagaimana fasa 1 melalui akaun bank yang didaftarkan atau melalui baucer tunai di Bank Simpanan Nasional.
Pembayaran menggunakan baucer untuk penerima yang tidak memiliki akaun bank atas sebab sebab tertentu.
Bayaran STR yang diagihkan untuk membantu meringankan beban tanggungan bagi keluarga miskin dan pertengahan termasuk bujang dan warga emas
[table id=5 /]
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.