Berita baik untuk golongan B40, Kementerian Komunikasi kini mengumumkan pelanjutan tempoh subsidi membeli telefon 5G Rahmah sehingga 30 Jun 2024.
Sebelum ini, ia telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2023 lepas, dalam usaha mengalakkan orang ramai mendapatkan peranti 5G pada harga diskaun.
Subsidi ditawarkan sehingga RM120 untuk harga telefon pintar 5G, dan ia ditawarkan melalui penyedia perkhidmatan CelcomDigi, Maxis dan juga Yes.
Bagi anda yang ingin mendapatkannya, boleh menyemak penyedia perkhidmatan telekomunikasi tersebut, dan mendapatkan peranti pada harga subsidi sebelum tamat bulan Jun 2024 ini.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.