This post has already been read 5224 times!

Suspek seorang anggota polis bertugas di Balai Polis Slim River

HULU SELANGOR: 21 Julai 2024, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Timbalan Supt Mohd Asri Mohd Yunus berkata, Polis menemui kad SIM milik dan kereta suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika menggeledah ladang tempatnya bekerja.

Sepasukan unit forensik polis dikerah ke ladang ubi kayu di Kampung Klan Halt, Slim River, untuk mencari bukti pada Sabtu (20 Julai).

Katanya, suspek bekerja sambilan di ladang berkenaan. “ Siasatan menemui petunjuk membawa penyiasat ke ladang berkenaan.

“Pasukan forensik turut memeriksa sebuah kereta dipercayai digunakan suspek ketika kejadian dan kad SIM suspek,” katanya pada Sabtu.

Sementara itu, DSP Asri berkata pencarian di Sungai Trolak tidak dapat dilakukan pada hari Sabtu berikutan keadaan tidak sesuai. “Ibu pejabat polis daerah Mualim mendapati arus sungai deras dan air terlalu keruh merbahaya kepada penyelam,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan polis menggeledah Sungai Trolak di Kampung Batu, Perak, bagi mencari bukti pada Jumaat (19 Julai). Bagaimanapun, pencarian terpaksa dihentikan selepas kira-kira dua jam berikutan air keruh berikutan hujan, kata Supt Ahmad Faizal.

Pada Khamis (18 Julai), polis menemui beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini dan sehari sebelumnya, telefon bimbit ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang. Polis juga percaya ladang kelapa sawit adalah tempat kejadian jenayah utama dan melibatkan hanya seorang pelaku.

Mayat Nur Farah Kartini ditemui di ladang itu pada 15 Julai lalu. Mangsa dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak, pada 11 Julai.

Baca Juga   Suspek berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini di reman 7 hari

Dia dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Seorang anggota polis, dipercayai teman lelakinya, telah ditahan dan direman selama tujuh hari. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay