59  tahun Singapura berpisah dari Persekutuan Malaysia
1 min read

59 tahun Singapura berpisah dari Persekutuan Malaysia

This post has already been read 3592 times!

Hari ini (9 Ogos 1965) 59 tahun yang lalu, Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia.

Singapura tak dimerdekakan British bersama Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 atas sebab ketidakseimbangan populasi Melayu-Cina jika kedua-duanya bersama, juga keadaan sosio-politik di pulau itu masih hebat geloranya.

Hanya pada 3 Jun 1959 Temasek diberi kebenaran oleh British untuk berkerajaan sendiri, kecuali hal ehwal luar & ketenteraan.

Pada 27 Mei 1961, PM Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman mengajukan cadangan pembentukan gagasan baharu dipanggil Persekutuan Malaysia, menyatukan Tanah Melayu, Singapura bersama Sarawak & Borneo Utara (Sabah) serta Brunei, sebagai penyelesaian kepada ketidakseimbangan kaum juga bagi meredam pengaruh komunis di rantau ini.

Dengan Brunei menarik diri, Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

Bersamaan dengan ulang tahun kelahirannya ke-40, PM Singapura Lee Kwan Yew mengisytiharkan pulau itu kini bersama Malaysia di depan khalayak di The Padang, sekali gus bebas sepenuhnya daripada pegangan British.

Namun pertentangan dalaman pentadbiran Singapura diterajui Parti Tindakan Rakyat (PAP) terhadap dasar-dasar Kerajaan Pusat dipimpin Parti Perikatan semakin menegang.

Ada kumpulan pemimpin Singapura yang tegar menentang institusi beraja serta hak istimewa orang Melayu & bumiputera, dibawa kepada perselisihan dalam hal ehwal ekonomi.

Ketegangan akhirnya memuncak & meletus siri rusuhan kaum pada 1964 di Singapura.

Melihat tiada alternatif lain untuk meredakan api yang marak, Tunku memanggil Parlimen pada 7 Ogos 1965 untuk membahas & membuat undian terhadap usul memisahkan Singapura daripada Malaysia.

Pada 9 Ogos, Parlimen sebulat suara bersetuju meluluskan Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan.

Dengan rasminya, Singapura tak lagi bersama Malaysia, hanya selepas 1 tahun, 10 bulan & 24 hari.

Baca Juga   kisah Perang Dunia I tamat pada 11 pagi 11 November 1918

Dengan berkuatkuasanya Perjanjian Kemerdekaan Singapura, Tunku membuat pengisytiharan tentang pemisahan Singapura & LKW pula mengisytiharkan pulau itu kini berdiri dengan sendirinya sebagai sebuah negara republik.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Singapore National Library, The Straits Times

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.Â