1 min read

Proton Saga Mini Karnival sempena sambutan ulang tahun ke-38

This post has already been read 287 times!

Akan berlangsung 9 Julai 2023 berlangsung Mini Karnival sempena sambutan ulang tahun ke-38 Proton Saga di Ibu Pejabat Proton Subang Jaya.

Karnival ini dibuka untuk semua orang awam dan masuk adalah percuma.

Begitu pantas masa, pada 9 Julai 2023 maka genap 38-tahun usia kereta nasional pertama Malaysia dalam industri otomotif.

Proton Saga enjin orien Mitsubishi model pertamanya dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-4 Datuk Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1985.

Proton Saga 1985 Harga Jualan RM17,575




Pihak Proton akan mengadakan Satu Mini Karnival sempena Ulang Tahun ke-38 Proton Saga bertempat di Ibu Pejabatnya iaitu Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) persimpangan Hicom Lebuhraya Shah Alam (KESAS) pada hari Ahad 9 Julai 2023.


Bagi pemilik-pemilik Saga berminat untuk menyertai karnival ini dipelawa untuk menghubungi:

Daftar disini


Nyatakan maklumat nama, model kereta, tahun pengilangan, nombor pendaftaran kenderaan dan nombor telefon.



Versi lumba Proton R3 turut akan menyertai karnival ini dan memberi peluang kepada pengunjung bersama menaiki jentera kuasa tinggi ini yang akan dipandu oleh pelumba R3 berpengalaman James Veerapan.

Pemandu rali dan stuntman Faidzal Alang akan mengadakan persembahan memandu Proton Saga hanya dengan dua tayar ala-persembahan Russ Swift Proton Saga Knight

Proton Saga Knight 1989



Tambah menarik Pameran Proton akan mempamerkan sejarah dan evolusi Saga sejak ia dilancarkan sehingga model terkini.

Peminat cenderamata boleh mendapatkannya di Gerai jualan cenderamata asli jenama Proton.

Pertandingan “Kira untuk Menang” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan juga persembahan “Proton Kids Got Talent”.


Jadual acara akan bermula seawal 7 pagi sehingga pukul 7 petang.

Lokasi Karnival

Proton COE

Lot 295, No 12, Jalan TP 5, Taman Perindustrian UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor

Karnival Proton

Baca Juga   Trak pikap elektrik dari Geely bakal memasuki pasaran ASEAN bermula dengan Thailand?

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.