Proton X70 1.5CC Premium X lebih padu

This post has already been read 112 times!


Proton mengumumkan varian baharu bagi SUV X70 iaitu X70 1.5 TGDi Premium X.

Harga atas jalan RM126,800 tanpa insurans.

Proton X70 1.5CC Premium X

Proton mengumumkan bakal menampilkan model idaman X70 premium X bercirikan kepintaran dan eksklusif

Varian 1.5 TGDi Premium X dipacu enjin 1.5 liter pengecas turbo dan suntikan-terus tiga-silinder petrol yang mampu memberikan kuasa sebanyak 177 PS (174 hp atau 130 kW) dan tork 255 Nm, dipadankan bersama transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan pacuan roda hadapan.

Kelengkapan istimewa termasuk
1) Bumbung suria larasan kuasa
2) Roda 19-inci,
3) lampu utama projektor LED,
4) Tailgate kuasa dengan akses bebas-tangan,
5) Kemasan ekslusif dalam kulit Nappa,
6) Tempat duduk hadapan larasan kuasa,
7) sistem siaran maklumat skrin sentuh 8-inci,
8) Sembilan pembesar suara,
9) Enam beg udara,
10) Sistem keselamatan pasif dan bantuan pemandu aktif (AEB, kawalan kelajuan adaptif, amaran ketibaan lorong, pemantauan titik buta).

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Minyak kelapa dara untuk dapat otak genius