Jangan terkejut Kolesterol bahan membina otak

Sumber kolesterol

Jangan terkejut walaupun umum membenci kerana dilabelkan sebagai penyumbat jantung, Kolesterol sebenarnya memainkan peranan penting dalam membina sel badan termasuk otak.

Ia adalah komponen utama membentuk membran sel memberikan pembentukan otak, memberi kestabilan kepada otak.

Kolesterol juga terlibat dalam pembentukan dan penebat mielin, bahan berlemak yang mengelilingi dan melindungi akson neuron, memudahkan isyarat elektrik dihantar dengan cekap.

Selain itu, kolesterol adalah prekursor untuk sintesis pelbagai molekul dalam otak, termasuk hormon dan neurotransmitter.

Kolesterol HDL penting untuk kesihatan otak, darah, saluran darah dan organ badan

Walau bagaimanapun, hendaklah menjaga badan dari mengambil sumber Kolesterol LDL type-B.

Kolesterol LDL type-B sumber utamanya dari gula dan transfat membawa kesan negatif.

Kolesterol LDL Type-A dikategorikan sebagai tidak merbahaya.

Panduan untuk mendapatkan otak geliga

Setiap orang memang bercita-cita untuk memiliki otak pintar. Ibu-bapa mengharapkan anak bersekolah menjadi insan geliga otaknya.

Ada yang mengamalkan tonik otak yang dijual dipasaran.

Terdapat beberapa strategi yang boleh membantu meningkatkan kuasa otak:

1. Bersenam atau aktiviti fizikal seperti berenang, berkebun dan berjalan kaki dapat meningkatkan kebolehan kognitif dan ingatan.

2. Dapatkan tidur yang cukup: Tidur adalah penting untuk fungsi otak. Sasarkan untuk 7-9 jam tidur nyenyak setiap malam.

3. Kekal aktif secara mental: Terlibat dalam aktiviti yang merangsang otak anda, seperti membaca.

4. Kekalkan diet yang sihat: Makan makanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat. Nutrien tertentu, seperti asid lemak omega-3, antioksidan, dan vitamin, menyokong kesihatan otak.

Penting untuk berhenti mengambil makanan bergula dan makanan proses. read more