Pemandu aksi ngeri Malaysia bersama Proton Saga berjaya melakar nama dalam Buku Rekod Malaysia

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Aksi profesional ‘pemanduan kereta 2 roda paling jauh’ Faidzal Alang dan Proton Saga diiktiraf Buku Rekod Malaysia.

Era Proton Saga Knight dan Waja pernah menggunakan khidmat pemandu dari British iaitu Russ Swift untuk mendemonstrasikan aksi-aksi ngeri pemanduan 2 roda.

Pelancaran Proton Knight 1989




Dan ketika berlangsungnya Karnival MSF-Proton Merdeka Race di Litar Antarabangsa Sepang Ogos tahun lalu, pemandu profesional Faidzal Alang berjaya membuktikan kemampuan setaraf dengan melakukan aksi yang digelar “Ski Driving Stunt” dengan jarak 2.9 km di atas litar berkenaan.

Rekod berkenaan kini sudah pun diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia, dan pengiktirafan disempurnakan semasa berlangsungnya Karnival Ulangtahun ke-38 Proton Saga di Pusat Kecermelangan Proton (CoE) pada 9 Julai 2023.


Sekalung tahniah kepada Faidzal Alang dan Proton untuk Rekod Nasional berjaya melakar nama dalam Buku Rekod Malaysia.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Pemandu aksi ngeri Malaysia bersama Proton Saga berjaya melakar nama dalam Buku Rekod Malaysia ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top