Pinjaman Patuh Syariah Beli Motosikal Manifesto PRN Terengganu

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Kerajaan PAS Terengganu tawar pinjaman tanpa faedah untuk pembelian motosikal dalam manifesto PRN 2023.


Sebagai sebahagian daripada manifesto untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, PAS yang menguasai kerajaan Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman patuh syariah tanpa riba untuk membeli motosikal bagi rakyat negeri itu berpendapatan bulanan RM4,000 kebawah.


Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tawaran ini antara janji kerajaan PAS yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah negeri Terengganu, laporan Sinar Harian.


“Pada PRU14, PAS Terengganu menunaikan semua 20 manifesto yang dijanjikan sepanjang pemerintahan malah ada lagi yang sedang berjalan.

“Tawaran seterusnya ialah membina ‘township mosque’ sebagai masjid yang baharu dan lengkap dengan fasiliti merangkumi ekonomi, sukan, rekreasi, pendidikan, sosial, komuniti, kesihatan dan kebajikan,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Pinjaman Patuh Syariah Beli Motosikal Manifesto PRN Terengganu ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top