Motosikal kembara KTM 390 Adventure Elegan penampilan sukar bawa bincang

This post has already been read 90 times!


Ulasan ringkas KTM 390 Adventure V3,model keluaran penghujung 2022 dan awal tahun 2023 sedang meniti bibir peminat motosikal kembara ini.


Model versi Adventure gagah dengan enjin kuasa 390cc.

Model dan jenama Austria ini dikeluarkan oleh di Pune,India.

Dari segi rekabentuk jelas model ini tampil dengan bercirikan sebuah motosikal tugasan menjelajah.

Dibekalkan dengan Fork WP APEX 43mm. Fork yang boleh dilaraskan iaitu Compresion dan Rebound siap terhidang pada kiri dan kanan fork.

Hasil kejuruteraan rekabentuk kerangka dan Subframe Steel Trellis menampakkan serius dengan tugasan berat.


Adakah model ini berat?

KTM 390 Adventure V3 boleh dikategorikan sebuah motosikal ringan dengan keberatan hanya 171 kg.


Bagaimana dengan kusyen atau tempat duduk?

Bentuk tempat duduk agak menirus memudahkan kedua kaki penunggang mencengkam atau mengepit.

Tempat pemijak kaki didatangkan dengan elemen keselamatan lebar dan bergigi.

Pastinya menyukarkan kaki penunggang dari tergelincir.
Ianya juga membantu kaki penunggang mencengkam sewaktu menunggang dalam pelbagai situasi.


KTM 390 Adventure V3 masih lagi mengekalkan enjin satu silinder 373cc. DOHC dengan penawaran 44hp dan 37Nm. Model ini dibekalkan dengan dua ‘Catalyic Converter’ demi memenuhi syarat alqm sekitar standard Euro 5.


Sistem brek ABS,Quick Shifter dan Traction Control membantu penunggang dan motosikal menelusuri selekoh dengan selamat dan penuh keyakinan.


Sistem Quick Shifter berperanan dalam memperlahankan kelajuan atau mudah dipanggil Enjin Breaking setiap kali penukaran dari gear tinggi ke gear rendah tanpa perlu menarik klac.

Sistem kawalan Traksi pula membantu tayar belakang mencengkam permukaan jalan sekaligus stabilkan motosikal terutama semasa mengambil selekoh.
Sistem kawalan traksi boleh di matikan sekiranya perlu seperti di jalan kasar berbatu.

Begitu juga sistem Cornering ABS terdapat dua mod iaitu jalan tar biasa dan jalan kasar berbatu.


Keselesaan pembonceng dengan rekabentuk pemijak kaki bercirikan keselamatan dan keselesaan.

Baca Juga   Motosikal Honda BeAT 2023 tampil dengan warna segar harga Jualan RM5,990.00.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.