Memancing data merupakan teknik penggodam (scammer) untuk mendapatkan data peribadi tersimpan dalam peranti pengguna seperti telefon pintar dan komputer.
Cara baru memancing data
Media mendedahkan sedang berlaku peningkatan kes pancingan data.
Pemancing menggunakan hantaran emel yang mengandungi robot pemancing.
Apabila pemilik akaun membuka emel yang dihantar oleh pemancing, robot pemancing mengaktifkan fungsi mengesan dan merakam kandungan peribadi dalam peranti pengguna.
Mangsa tidak menyedari apabila butiran kata kunci, data peribadi dipancing dan dihantar secara senyap kepada akaun pemancing data.
Data yang diperolehi akan disusun dan dijual kepada pihak yang berminat seperti pengiklan, penjual produk dan sebagainya.
Bagi menangani permasalahan ini, adalah dinasihatkan pengguna untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
1) Belajar kenali serangan pancingan data. Tanda-tanda pada emel, terus padam tanpa membukanya.
2) Laporkan serangan pancingan data kepada pihak berkuasa
3) lindungi peranti dengan robot aplikasi anti-phishing.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.