Kisah Sebenar Coklat Kandos tiada Di Pasaran selepas pesawat pemiliknya terhempas

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 266 times!

Kisah pesawat terhempas tidak dijumpai bukan melibatkan MH370 sahaja, malah telah berlaku keatas pesawat milik Philip Upali Wijewardene seorang jutawan Sri Lanka.

Pengasas syarikat Kumpulan Syarikat Upali, Philip Upali Wijewardene yang mengeluarkan coklat itu di negara ini, hilang bersama pesawat peribadi yang dinaiki selepas dipercayai terhempas di Selat Melaka pada 14 Februari 1983.

Coklat kandos terkenal di Malaysia era 80an

Bagaimanapun Mayat tokoh perniagaan yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Koko’ atau jutawan Mr Kandos itu bersama empat rakan termasuk juruterbang, tidak ditemui sehingga kini.

Dalam kejadian berkenaan pesawat peribadinya, Jet Lear LR35 dipercayai terhempas ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Subang menuju ke Colombo, Sri Lanka.

Pesawat yang turut membawa rakyat Malaysia, S M Ratnam berlepas dari Subang kira-kira jam 8.40 malam dan dijangka tiba di Sri Lanka pada jam 12.11 pagi.

Bagaimanapun, kira-kira 10 minit berlepas, pesawat dilaporkan hilang daripada radar pada kedudukan 100 kilometer nautika dari Subang.

Berikutan kehilangan pesawat itu, Malaysia, Indonesia, India dan Sri Lanka segera menubuhkan pasukan khas menjalankan operasi mencari di lokasi kejadian.

Malah, Singapura, Amerika Syarikat dan Russia turut menyertai pasukan itu bagi mengesan setiap inci Selat Melaka termasuk menggunakan kapal pengesan periuk api (logam), namun masih gagal menemui pesawat yang dipercayai terhempas di perairan itu.

Usaha mencari mangsa di sekitar Selat Melaka dihentikan setahun kemudian kerana tiada bukti atau petunjuk baru ditemui.

Menyingkap kronologi kejadian, kira-kira 10 minit berlepas dari Subang, radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan jet itu di skrin radar tetapi `blip’ pesawat hilang beberapa minit kemudian.

Baca Juga   Sejarah Nasi Kandar di Malaysia

Kehilangannya mungkin disebabkan pesawat itu diterbangkan pada aras rendah. Kira-kira jam 8.56 malam, hubungan radio antara juruterbang Jet Lear LR35 dengan pegawai di menara kawalan terputus.

Juruterbang Balkan Air, Kapten Raihov dilaporkan mendengar kawat radio jet Lear LR35 (November 482 Uniform Menara Colombo… kamu mendengar kami? (Nov 482 adalah nama rahsia untuk pesawat Lear LR35) ketika berada dalam penerbangan ke Soviet.

Agak menghairankan, sejak hari kejadian, pasukan mencari dan menyelamat gagal menemui sebarang bukti atau petunjuk tempat nahas berlaku, walaupun cebisan pesawat.

Kini, fail siasatan juga sudah ditutup kerana menemui jalan buntu.

Kronologi siasatan:

1) 16 Februari 1983 Siasatan awal DCA Malaysia mendapati pesawat bergerak terlalu pantas.

2) Radar TUDM Butterworth mengesan pesawat itu dari ruang udara Batu Arang dan tujuh minit kemudian tidak kelihatan di layar radar jam 8.56 malam Ahad (hari kejadian).

3) Jam 9.03 malam lampu `blip’ pesawat padam dan hilang pada skrin radar. Ketika itu pesawat berkenaan berada kira-kira 20 batu nautika dekat pantai Sumatera.

4) Pasukan khas Malaysia menghentikan operasi mencari dan menyelamat tetapi anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia memberi bantuan jika diperlukan pasukan Indonesia.

5) 17 Februari 1983 Satu bungkusan alat keselamatan dipercayai milik jet Lear LR35 ditemui seorang nelayan kira-kira 60 batu nautika ke timur Medan, Selat Melaka. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati bungkusan itu bukan milik jet berkenaan.

6) 19 Februari 1983 Serpihan pesawat ditemui di Pulau Berhala, Indonesia. Pihak berkuasa menafikan ia milik jet Lear LR35 kerana serpihan yang ditemui itu diperbuat daripada gentian kaca, sebaliknya pesawat malang berkenaan adalah daripada besi.

Baca Juga   Boleh Balik kampung ke raya tahun ini

7) 28 Januari 1984 DCA Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka mengumumkan secara rasmi pemberhentian siasatan dan operasi mencari pesawat Lear LR35 kerana rangkanya gagal ditemui.

Mangsa nahas ialah

1) Philip Upali Wijetawardene,

2) S M Ratnam (rakyat Malaysia);

3) A S Peli Mahendran (Pengarah Perdagangan Upali);

4) A Senanayake (pramugara);

5) Kapten Anandappa (juruterbang); dan

6) Kapten Soyza (juruterbang).

Upali memiliki perusahaan koko dan kelapa seluas 2,000 hektar di Perak melalui penubuhan Syarikat Kirul Malaysia Berhad Perniagaan usaha sama dengan Kerajaan Sabah, memiliki 20,000 hektar ladang koko.

Upali dilahirkan pada Februari 1938. Menimba pengalaman bekerja dengan Lever Brothers dan mula meneroka bidang perniagaan dengan mengasaskan Kumpulan Syarikat Upali, bermula dengan menghasilkan gula-gula jenama ‘Delta’.

Gelaran jutawan membolehkan beliau memiliki kenderaan mewah, Mercedes Benz S-Class 126 yang diimport dari Malaysia, yang juga kereta pertama seumpamanya yang dimiliki rakyat Sri Lanka.

Sering berkunjung ke Malaysia bersama sahabatnya, Gamini S Korala yang menetap di Singapura dan beliau sering memandu kereta Mercedes rakan karibnya itu.

Selain kenderaan mewah, Upali turut memiliki pesawat Cessna Citation yang boleh terbang ke Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok.

Kira-kira dua tahun sebelum kehilangan misterinya, Upali memenuhi impian untuk memiliki syarikat suratkhabar sendiri, Upali Newspapers Ltd yang menerbitkan akhbar The Island and Divaina.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.