Ambulans WAS 500 EV sedang dinilai uji kegunaan di Malaysia

This post has already been read 68 times!


Ambulans WAS 500 EV ini sedang dikaji oleh pengendali ambulans persendirian First Ambulans untuk kegunaan di Malaysia.

Dengan asas kerangka rekaan Mercedes-Benz Sprinter, WAS 500 ambulans EV dipacu dengan pek bateri 87 kWh yang mampu memberikan jarak gerak hingga 200 km.

Ia boleh dicas menggunakan pengecas AC berkapasiti 22 kW menerusi sambungan pengecas Type 2.

Ambulans EV ini juga boleh menggunakan pengecas pantas DC berkapasiti 50 kW atau 100 kW, dan mendakwa mampu mencapai kelajuan maksimum cecah 120 km/j.





Ambulans EV ini ialah unit tunggal seumpamanya di Malaysia, dan First Malaysia merancang untuk menjalankan ujian kesesuaian ambulans EV, untuk penggunaan di Malaysia.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Petikan ulasan autocar India Hyundai Ioniq 5 EV dengan BYD Atto 3 EV