Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Peminat plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu tentu tertunggu-tunggu dua pilihan plat yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Selangor, BRP, bakal dibuka bidaan mulai 2 Ogos ini dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 6 Ogos.
Pemenang akan diumumkan pada 7 Ogos 2023. Bidaan nombor pendaftaran dari Johor pula, JWL, akan dibuka pada 3 Ogos. Ia berlangsung selama lima hari dan akan berakhir jam 10 malam pada 7 Ogos.
Keputusan rasmi pemenang akan diumumkan pada 8 Ogos 2023 ini.
Anda boleh lakukan sendiri bidaan ini secara terus melalui sistem JPJ ebid.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ JPJ eBid: Plat BRP dan JWL bakal dibuka bidaan ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.