Perangkaan semasa laporan Perpustakaan Perubatan Amerika Syarikat (NCBI) menganggarkan 7 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas berisiko menghidap diabetes menjelang 2025.
Keadaan ini akan meningkatkan kos perubatan kerajaan sebanyak RM5 bilion setahun.
Kencing manis atau turut dikenali sebagai diabetes merupakan salah satu masalah kesihatan yang kronik. Penyakit diabetes berpunca dari masalah rintangan insulin.
Insulin ialah hormon utama dalam badan mengangkut glukosa kedalam sel untuk penghasilan tenaga. Tenaga terhasil akan disalurkan ke setiap organ badan.
Sel memiliki pintu yang hanya boleh dibuka oleh insulin. Apabila insulin buka pintu sel, glukosa akan masuk dan pintu tertutup untuk proses pembakaran dan penghasilan tenaga.
Bagi mereka yang menghidap kencing manis akan diberikan ubat oleh doktor.
Namun apa yang pelik, kenapa mereka yang menghidap kencing manis ini tidak sembuh-sembuh walaupun sudah bertahun-tahun memakan ubat yang disarankan oleh doktor.
“Ubat Kencing Manis Tak Kan Sembuhkan Kencing Manis” kata Dr Mani seorang pengamal perubatan bertauliah.
Rupa-rupanya ubat kencing manis yang dimakan oleh pesakit diabetes adalah bukan untuk menyembuhkan penyakit tersebut.
Menurut Dr Mani menerusi aplikasi TikTok nya, walaupun ubat kencing manis yang diberikan oleh para doktor adalah mahal namun ia tetap tidak dapat menyembuhkan diabetes.
Ubat-ubat tersebut hanya akan kurangkan simptom kencing manis sahaja.
Contohnya, paras gula sebelum ini 15 namun selepas makan ubat ini akan jadi 6.
Orang awam beranggapan makan ubat kencing boleh selesai masalah penyakit ini.
Dr Mani menegaskan ubat-ubat tersebut sama sekali tidak menyembuhkan penyakit merbahaya ini.
Turut memberitahu, para penghidap akan makan ubat tersebut seumur hidup
“Tahu tak ubat yang kita makan semua macam Xigduo yang biasa medical centre bagi tu, mahal-mahal tu, XR, Janumet. Dekat Klinik Kesihatan Metformin, Diamicron, semua ni semua ubat mahal. Ni semua ubat kencing manis tapi kita tahu tak ubat-ubat ni semua tak kan sembuhkan kencing manis.”
“Sebenarnya ubat-ubat ini semua akan kurangkan simptom kencing manis saja.
Katakan gula 15 makan ubat ini jadi 6. Tapi dia takkan sembuhkan kencing manis, 99% orang ingat makan ubat kencing manis, dia akan sembuh. Ubat ini semua tak akan sembuhkan kencing manis. “
“Biasa klinik kesihatan ke swasta ke akan bagi ubat kencing manis sampai seumur hiduplah. Kalau kata sampai matilah sebab dia orang tak faham macam mana nak hilangkan kencing manis atau reverse kencing manis. ” Jelas Dr Mani dalam video tersebut.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.