Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Proses pindahmilik hartanah kebiasaannya memakan masa 3-4 bulan. Dan ada kes yang memakan masa hingga 1 tahun.
Berikut garis pankasar sebagai panduan sahaja. Keadaan sebenar mungkin berbeza bergantung kepada proses yang dilakukan.

1) Menunggu Kelulusan Pinjaman Perumahan
Tempoh masa adalah antara 1 – 2 minggu bergantung kepada proses institusi kewangan.
2) Jika Rumah Tersebut Ada Sekatan Kepentingan.
Mesti kemukakan permohonan Kebenaran Pindah Milik & Gadaian (Consent).
Tempoh masa adalah antara 4 – 24 minggu bergantung kepada pihak berkuasa negeri.
3) Mendapatkan Penyata Baki Hutang Pemilik Rumah(jika berkaitan) Daripada Bank
Tempoh masa adalah antara 2- 3 minggu.
4) Proses Tebus Hutang Pemilik Rumah Kepada Pihak Bank(Jika Berkaitan)
Tempoh masa adalah antara 2 – 3 minggu
5) Proses Melepaskan Gadaian, Pindahmilik Dan Gadaian Di Pejabat Tanah Sebelum Geran Baru Dikeluarkan.
Tempoh masa adalah sekitar 1 -2 minggu.
6) Bank Lepaskan Pinjaman Kepada Pembeli Rumah
Tempoh masa adalah antara 1 – 2 minggu.
7) Pembayaran Duti Setem Pindahmilik (Adjudikasi)
Tempoh masa adalah antara 1 – 2 minggu.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ 7 tempoh masa yang wajib diketahui proses pindah milik hartanah ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.