Jangan melawak dengan getah Pokok Rengas

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Pokok Rengas atau nama saintifiknya Gluta Spp bukan pokok hantu sebagaimana cerita dalam masyarakat.

Getah Pokok Rengas Sangat Gatal

Pokok ini hidup dikawasan hutan. Bagi yang gemar berburu, berkhemah atau apa sahaja aktiviti dikawasan hutan perlu berhati-hati tidak menyentuh pokok ini.


Pokok rengas mengandungi getah berbisa dibatang daunnya.

Elak dari mengoyak kulit pokok ini.

Getah beracun menyebabkan gatal sehingga boleh menyebabkan kulit terkoyak.

Terdapat beberapa kaedah Rawatan yang boleh dibuat segera apabila terkena getah rengas.

1) Jangan mandi menggunakan sabun sehingga kesan gatal hilang.

2. Dapatkan rawatan segera  di klinik.
 
3. Campur tawas dengan sedikit air panas, kacau sehingga tawas hancur dan sapukan pada tempat gatal.

4. Gosokkan kawasan kulit terkena getah ke permukaan tanah dengan segera sehingga hilang kesan getah.

5. Minyak Wangi Sembur tempat yang terkena rengas dengan minyak wangi (jenis semburan) . 

6. Ambil serbuk perasa (ajinomoto) dan ditumbuk halus, sapu pada bahagian kulit yang melecur. Ini untuk menghilangkan rasa gatal dan keringkan bahagian yang melecur.

7.Sapukan bedak sejuk untuk mengurangkan rasa gatal.

   

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jangan melawak dengan getah Pokok Rengas ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top