[Video] KEMBARA Agong KENALI BORNEO – HARI KE-10

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 118 times!

12 September 2023 – Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Majlis Penutupan dan Santapan Malam Kerajaan Negeri di Kuching, Sarawak.

Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak YBhg. Tan Sri Awang Asfia Mohd. Nasar, Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menyeri dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan.


Seri Paduka Baginda dan rombongan Kembara Kenali Borneo tiba di Kuching pada jam 12.15 tengah malam setelah menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo selama 15 jam dari Sibu.

#royal #malaysia #kembarakenaliborneo

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   KEMBARA Agong KENALI BORNEO - HARI KE-11