This post has already been read 1655 times!
NAHRIM menjangkakan kemarau yang melampau di Semenanjung Malaysia akan berlaku pada tahun 2025 hingga 2035. Musim Kemarau ini dijangkakan akan berlaku pengurangan hujan dalam julat 0.1% sehingga 36.3%.
Sekiranya jangkaan NAHRIM ini berlaku, ia akan memberikan kesan ke atas sumber air mentah di mana paras sungai akan mengalami penyusutan dan akan mengurangkan baseflow sungai dan seterusnya akan menyebabkan paras empangan mengalami penyusutan dan mengganggu sumber bekalan air mentah bagi loji-loji yang berkaitan.
Sekiranya tiada persediaan rapi dilakukan, dijangka berlaku gangguan bekalan air berskala besar keseluruhan negara.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.