Ini rupa padang SBJ 24 jam sebelum perlawanan akhir piala Malaysia 2024

This post has already been read 152 times!

Agak agak apa akan jadi apabila berlangsung perlawanan berintensiti tinggi pada malam esok 8 Disember 2024 nanti.

Melihat keadaan padang mengerikan ini mengundang seribu satu persoalan dibenak peminat bolasepak tanahair.

Dengan rumput bertampalan di beberapa kawasan dalam padang Stadium Jalil akan mendatangkan masalah seperti risiko kecerderaan pemain dan gangguan pergerakan bola.

Dijangkakan pemain akan bermain dalam rentak berhati-hati untuk mengelakkan kecerderaan. Ini akan mencacatkan kreativiti serta kualiti kecerdasan jentera kedua dua pasukan iaitu JDT dan Terengganu FC.

TMJ telah berkongsi status padañg pada 4/12/2023 yang memberi gambaran kekecewaan baginda dengan keadaan mendukacitakan.

Padang selepas konsert tempoh hari masih tidak pulih dan dilihat tidak sesuai untuk perlawanan bolasepak berkualiti tinggi.

Telah sampai masanya FAM memiliki stadium sendiri untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku di masa akan datang.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video]Begini keadaan Stadium Bukit Jalil 3 hari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2024