Samseng membuli disekolah mesti dihukum keras

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 160 times!

Kisah Pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi yang dibuli teruk sewajarnya dijadikan noktah iktibar menghentikan sepenuhnya amalan buli ( ragging) . Kejadian ini berlaku bukan sahaja disekolah bandar juga disekolah kampung terutama sekolah menengah kebangsaan.

Tindakan keras buang sekolah sewajarnya dilaksanakan walaupun pelajar dari kategori pintar . Benar pelajar pintar merupakan aset negara tetapi apaguna berbelanja besar mendidik samseng disekolah.

Kita tidak mahu ada samseng dalam sekolah. Mana mana murid yang samseng hendaklah dikeluarkan dari sekolah, mungkin mereka lebih sesuai ditempat lain.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Cheras berusia 14 itu bertindak melarikan diri dari asrama pada malam Rabu 6hb Disember 2023 setelah tidak tahan dibuli.

Beliau ditemui dalam keadaan tertekan dan lemah di hentian bas masjid Saidina Uthman bin Affan Bandar Tun Razak pada Jumaat 8 hb Disember 2023

Usaha mencari dijalankan oleh Keluarga Danial ,Warga Sekolah,Polis Cheras,Jemaah Masjid Saidina Othman,Penduduk Bandar Tun Razak & Masyarakat Sekitar

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   10 Teknik menggapai A dalam Peperiksaan SPM