Apa sudah jadi dengan sistem kesihatan kita. Penyakit metabolik terus meningkat walaupun kita memiliki ramai doktor pakar pelbagai bidang, peralatan hebat serta ubat-ubatan terkini.
Menghindari lebih utama dari mengubati penyakit
Sering terdengar sembang pakar kesihatan menasihati orang ramai supaya menghindarkan diri dari terkena penyakit adalah lebih utama dari mengubati.
Apakah sekadar cakap sahaja, mempraktikkanya hampir tiada.
Peralatan perubatan canggih dan ubat ubatan hebat nampaknya bukan penyelesaian kepada penyakit metabolik khususnya darah tinggi, obesiti, kencing manis,kanser, kegagalan buah pinggang, jantung, strok, ekzema,gout, arthritis,Hati berlemak, batu hempedu dan kebocoran usus.
Fokus para doktor ialah merawat simptom. Contoh jika tekanan darah tinggi maka diberi makan ubat diuretik dan lain lain. Tetapi ubat ubat ini hanya meredakan seketika sahaja, tekanan darah tinggi tidak juga sembuh. Malah perlu ambil ubat darah tinggi secara berterusan menunjukkan kelemahan sains kesihatan yang diamalkan.
Apakah badan sudah tidak mampu mengubati sendiri sebarang penyakit sebagaimana yang berlaku semasa zaman kanak kanak dahulu. Kenapa tidak di kaji mengapa sistem pertahanan badan seolah olah tidak lagi kuat seperti biasa.
Ubat ubatan bersifat bantuan sementara sahaja dan tidak baik jika diambil secara berterusan.
Apa yang diamalkan dalam sains kesihatan di Malaysia ialah buat ujian darah setiap 3 bulan , kemudian doktor akan beri ubat tertentu. Adakah ubat ubatan ini bertujuan merawat simptom atau punca simptom.
Malangnya sehingga ke hari ini tidak ada ubat berjaya merawat punca simptom. Sains perubatan merawat simptom sahaja ternyata gagal.
Kenapa mengamalkan sains perubatan yang gagal. Kenapa tidak diamalkan sains perubatan yang berjaya memulihkan masalah metabolik.
Sudah tiba masanya sains perubatan di Malaysia perlu kepada pembetulan dari merawat simptom kepada merawat punca kepada simptom.
Kaedah merawat simptom memerlukan usaha penerangan sains kesihatan kepada masyarakat.
Contohnya darah tinggi puncanya ialah pemakanan gula dan makanan proses
Maka hindari gula dan makanan proses adalah teknik sebenar merawat darah tinggi.
Perlu ingatkan bahawa tiada rekod menunjukkan pesakit darah tinggi sembuh dengan menelan pil pil yang dibekalkan oleh doktor-doktor pakar sekalipun.
Begitu juga herba-herba bukan ubat sebenar,ianya sekadar mereda penyakit untuk seketika.
Rakyat perlu diberi kefahaman masalah rintangan insulin dan pemulihan kepada insulin sensitif. Perkara ini sangat penting dan ianya memerlukan penglibatan semua pihak.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.