Di padang pasir yang terik dan gersang, seekor ikan sedang merayap ke hadapan.
Kebiasaannya ikan berada dalam air tetapi berbeza Ikan lungfish di padang pasir kering kontang Lencois Marenhansas Brazil.
Apabila tiba musim kemarau, tasik tempat tinggal ikan lungfish akan mengecut atau kering.
Tetapi ikan ini akan menggali ke dalam pasir semasa musim kemarau dan kemudian melindungi diri mereka dengan membentuk lapisan lendir. Lapisan lendir ini mengasingkan mereka daripada persekitaran yang panas dan kering dan akan menyerap lembapan dari udara apabila suhu menurun pada waktu malam.
Ikan lungfish mampu bertahan berbulan-bulan lamanya didalam pasir sehingga tiba musim hujan.
Dan apabila musim hujan tiba, lungfish akan keluar dan meneruskan hidup sebagaimana ikan biasa. Sistem Lungfish bergantung pada terhadap wap air di udara. Hebatnya, ada nelayan di padang pasir menangkap ikan lungfish sebagai sumber pendapatan.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.