Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja

Kepulan asap hitam kelihatan selepas sebuah pesawat terhempas di sebatang jalan raya di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada hari ini, Khamis, 17 Ogos 2023.
SHAH ALAM: Laporan terkini menyebut seramai sepuluh orang termasuk seorang exco Pahang dl maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di sini, hari ini 17 Ogos 2023.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan AntaraBangsa Langkawi pada jam 2:08 Petang menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pada jam 2:47 petang, juruterbang pesawat berkenaan membuat permohonan mendarat . Pihak kawalan udara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, memberi kebenaran pada jam 2:48 petang.
Bagaimanapun pada jam 2:51 Petang, pihak kawalan udara mengesan kepulan asap dan terus menghubungi Pusat Koordinasi Penyelamat Udara Kuala Lumpur.
Tiada sebarang panggilan kecemasan dari juruterbang selepas kebenaran mendarat diberikan.

Pesawat berkenaan membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dilaporkan hilang kawalan sebelum terhempas di lokasi kejadian.
“Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat. “Semasa terhempas pesawat telah merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bergegas ke tempat kejadian untuk kerja menyelamat.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ [Video-baru kemaskini]10 maut termasuk Exco Pahang, pesawat terhempas di Elmina Sg Buloh ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.