Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew dan Bulatan Pudu ditutup setahun mulai 5 Ogos ini – DBKL

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup selama setahun mulai 5 Ogos 2023.

Penutupan jalan terbabit dilaksanakan bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan baru di Bulatan Loke Yew.

DBKL turut memaklumkan jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh sama.

Ia bagi membolehkan kerja merobohkan jambatan susur dan kerja-kerja pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu).

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew dan Bulatan Pudu ditutup setahun mulai 5 Ogos ini - DBKL ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top