Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita tua itu ‘mummy’. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya . . .
“Aunty, budak dua orang ini siapa?”
“Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya.”
“Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi.

Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak.

Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga,”

“Saya beragama Buddha tetapi anak-anak saya ini saya kekalkan agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan.

Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,”

Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Semoga hidayah islam menemui auntie. Amiin


Lokasi: Sabah
Oleh: Ameer Carlief.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn