16 Bantuan untuk Belia bagi tahun 2024

This post has already been read 967 times!

Sebanyak 16 bantuan kerajaan khusus kepada golongan belia bagi tahun 2024 iaitu:

i) Pendapatan Belia
1.Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700, minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.


2. Kerajaan akan menyediakan ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan.

3. RM20 juta disediakan untuk Rakan Muda dalam memperbanyak pengisian program-program belia.

4. Skim TEKUN Belia Mobilepreneur turut diteruskan dengan peruntukan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

5. Bagi mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industri esukan, RM30 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan.

ii) Pendidikan Tinggi

6. Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM16.3 bilion ketimbang RM15.3 bilion pada tahun ini.

7. RM250 juta disediakan untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam .Ini termasuk RM5 juta untuk melaksanakan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.

8. Bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT), RM300 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang. Ini termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.

9. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:
Pertama: Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

10. Bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 ringgit. Ini selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

Baca Juga   Bantuan orang Bujang 2024 bakal disalurkan tidak lama lagi


iii) Sukan

11. RM50 juta disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif.

iv) TVET

12. Kerajaan memperuntukan keseluruhan melibatkan pendidikan TVET berjumlah RM6.8 bilion, tahun hadapan.

13. RM100 juta diperuntukkan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam, tahun hadapan.

14. Kerajaan bersetuju untuk semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah platform MyFutureJobs. MyFutureJobs juga akan membuat padanan pekerjaan kepada mereka untuk membina kerjaya masa depan dan meraih pendapatan yang lebih tinggi.

15. Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.


16. Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

Tahun 2024 ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu.
2024:

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.