Daftar dan semak Insentif i-Suri KWSP

This post has already been read 286 times!

Suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas i-Suri di bawah Program Kasih Suri.

Insentif Khas bagi pencarum i-Suri, pencarum layak menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.

Oleh itu, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Had insentif khas seumur hidup ialah sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.


Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai caruman sukarela ini dengan klik pautan i-Suri dibawah

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Dapatkan Baucer PROGRAM JOM SHOPPING Selangor 2024