Permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah dibuka sepanjang tahun 2024.
Untuk mendaftar sila rujuk panduan dibawah:
- Permohonan baharu STR 2024 boleh dikemukakan melalui:
- secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR; atau
secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2024 bagi tatacara untuk membuat permohonan
- Kaedah penghantaran borang dan dokumen sokongan adalah seperti berikut:
- Muat naik secara dalam talian di Laman Rasmi STR semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau
- Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan di Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Individu
Jenis Dokumen
Pemohon - Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN/ JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN/JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi/Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Pasangan - Salinan pengenalan pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS); atau
- Salinan pasport/Visa/UNHCR/Pas Sempadan/Sijil lahir/KP lama
Anak - Anak Kandung Salinan MyKad/MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Anak Angkat Salinan MyKad/MyKID dan Salinan Sijil Daftar yang dikeluarkan oleh JPN
Related posts:
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.