Bantuan BikeCare-1000 Selangor masih dibuka hingga 1 Mac 2024

This post has already been read 280 times!



Program BikeCare-1000 ialah insentif ditawarkan kerajaan negeri Selangor bagi bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk golongan pekerja.


Borang permohonan  boleh diperoleh di pejabat Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di tingkat lima bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Shah Alam, Selangor.

Selain itu, borang tersebut juga boleh diperoleh diSINI.



Bagi menyertai program ini, pemohon perlu mematuhi syarat ditetapkan iaitu berusia 18 tahun ke atas, memiliki lesen motosikal yang sah dan tidak disenarai hitam Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).


Semua permohonan perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan penjamin (keluarga), salinan penyata bank, salinan lesen motosikal dan salinan slip gaji terkini. Borang permohonan yang sudah lengkap perlu diserahkan ke pejabat UPPS di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum 1 Mac ini.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Bantuan E-Wallet Bingkas RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan