Daftar dan Rebat RM2400 Skim Motosikal Elektrik

This post has already been read 391 times!



Kerajaan telah mengumumkan pemberian insentif khas rebat RM2,400 melalui Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) bagi rakyat Malaysia yang layak.


Apa itu MARiiCas?
MARiiCas adalah skim rebat sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.


Tempoh permohonan
Permohonan MARiiCas boleh dibuat secara dalam talian mulai 8 Disember 2023.


Tempoh permohonan MARiiCas adalah sah sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.

Insentif bagi Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini akan diberikan melalui kaedah berikut:

Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.



Senarai pengeluar motosikal elektrik yang sah boleh didapati di laman sesawang https://insentif.marii.my.


Berikut merupakan cara-cara untuk memohon Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini

:
Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.
Langkah

2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.
Langkah

3: Pengguna akan menerima emel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab emel spam sekiranya emel verifikasi tidak dihantar ke tab utama emel.

Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.

Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 6: Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.

Langkah 7: Pengguna akan menerima email pengesahan permohonan.

Langkah 8: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

Penafian
Baca Juga   SarkCyber Motosikal EV bakal memasuki pasaran Malaysia September 2023

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.